Nama:
Email :
TINGKATAN 1
2
3
4
5
SEBARANG PERKONGSIAN MASALAH ? KAMI DAPAT MEMBANTU ANDA : )

Sila sertakan nama kelas anda . Terima Kasih : )


This HTML form was created by Freedback.

Thursday 29 September 2011

PROGRAM PECUTAN AKHIR PMR 2011

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Syeikh Abdul Ghani telah menganjurkan Program Pecutan Akhir PMR bagi anak didik yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada awal bulan Oktober ini. Program ini dijalankan bertujuan untuk menaikkan motivasi dalam diri para pelajar serta merancang strategi pembelajaran di saat-saat akhir menjelang peperiksaan ini. Bagi menjayakan program ini, UBK dan PIBG telah sepakat untuk menjemput seorang motivator yang terkenal iaitu Encik Mohamad Azir Bin Ismail dari ASTANA PINTAR SDN. BHD. , Kuala Kangsar, Perak. Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan serta kerjasama yang baik daripada para pelajar. 
Gambar-gambar di bawah dirakamkan sepanjang program berlangsung...

 Cikgu Ahmad mempengerusikan Program Pecutan Akhir PMR tersebut...

 Pelajar perempuan memberi sepenuh tumpuan terhadap apa yang 
disampaikan oleh motivator di hadapan...

Pelajar lelaki juga memberi kerjasama sepanjang perjalanan 
program ini...

 Motivator terkenal, En Mohaamad Azir Bin Ismail sedang menyampaikan
slot ceramah kepada para pelajar ....

Semoga pelajar dapat mengambil segala perkongsian yang diberikan untuk dijadikan panduan dan persiapan untuk berjuang dalam peperiksaan yang sebenar nanti...

DOA MUDAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN..


Setelah kita berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan, berdoalah kepada-NYA memohon keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dan menguatkan daya ingatan kita semasa menduduki peperiksaan nanti..
Setelah itu, bertawakallah..
Sesungguhnya DIA maha mengetahui segala-galanya..
Semoga anda berjaya di dunia dan juga akhhirat..Amin..

Wednesday 28 September 2011

MISI UBK

MISI
  1. Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  2. Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  3. Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
  5. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid 
  6. Memupuk semangat patriotik dan kualiti keimpinan di kalangan murid

VISI UBK

VISI 

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling menjadi
peneraju utama dalam mewujudkn suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah
menjelang tahun 2013.

Tuesday 27 September 2011

MISI SEKOLAH

MISI SEKOLAH
Untuk menjadi sebuah sekolah cemerlang, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani beriltizam untuk memastikan;

  • Pencapaian akademik pelajar sentiasa cemerlang.

  • Penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam kokurikulum.

  • Pelajar memiliki sahsiah dan disiplin yang terpuji.

  • Sistem pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan dengan efisyen, telus, tulus dan adil.

  • Persekitaran pendidikan yang kondusif.

  • Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan

  • VISI SEKOLAH

    VISI SEKOLAH
    Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani Membina dan Menjana Kecemerlangan.

    SEJARAH SEKOLAH

    SEJARAH SEKOLAH
    Ditubuhkan pada Januari 1965 dengan nama Sek. Men. Ren. Bidor (Lower Secondary School, Bidor). Guru besar pertamanya ialah En. Lai Sam Keong. Pada Januari 1966, sekolah ini membuka cawangan di Sungkai dan akhirnya bertukar menjadi Sek. Men. Sungkai. Mendapat bangunannya sendiri pada 1969 yang terdiri daripada 3 blok bangunan batu 2 tingkat dan sebuah kantin. YAB Dato’ Seri Kamaruddin b. Isa, Menteri Besar Perak, telah merasmikan pesta ria yang pertama bagi sekolah ini pada tahun 1973 bagi menampung perbelanjaan kelengkapan sekolah dan perpustakaan. Pada Januari 1995, SMK Syeikh Abdul Ghani telah dinaikkan taraf menjadi Gred A
    Sukan Tahunan kali pertamanya diadakan pada 1969. Ketika ini di bawah kepimpinan guru besar, En. Santhanandan. Majalah sekolah, BAIDURI jilid pertama diterbitkan pada 1973. Telah mengemukakan permohonan untuk menukarkan nama sekolah kepada Sek. Men. Syeikh Abdul Ghani, Bidor pada 1973 setelah mendapat kelulusan pada 28 November 1973. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama diadakan pada 1973 yang dirasmikan oleh YM En Mohd Ali b. Ibrahim, JSM, Pengarah Pelajaran Perak. PIBG sekolah ditubuhkan pada 14 Februari 1974 dan En Abdul Malik b. Soreh telah dilantik menjadi pengerus PIBG yang pertama.

    Bidor berasal daripada nama acuan penyukat bijih timah. Dibuka oleh Sultan Perak ke-9, Sultan Salehuddin. Syeikh Abdul Ghani adalah seorang tokoh penting dalam sejarah tempatan yang menjadi Penghulu Bidor yang pertama. Beliau mewakafkan tanah miliknya seluas 22 ekar untuk mendirikan sekolah. Sebagai mengenang jasanya, Lembaga Pentadbiran Sekolah telah memilih nama beliau diabadikan sebagai nama sekolah ini.

    Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar Cemerlang (A. B. C. D. E. F. G. H. I.)

    Pengenalan
     Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.
    Pelajar Cemerlang
     Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.


    Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

    Amanah
    Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

    Bijak
    Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
    Cergas
    Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.


    Dedikasi

    Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.



    Elok
    Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. 

    Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 
     
    Faham
    Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.


    Gigih
    Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 
     
    Hasrat
    Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
     
    Iman
    Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

    Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.

    Petikan dari : motivasikecemerlanganpelajar

    Sunday 25 September 2011

    MOTIVASI BERTERUSAN

    Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
    Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
    Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
    Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
    KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
    di atas kegagalan anda semalam
    binalah bangunan hidupmu buat hari esok
    letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
    sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
    ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
    membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
    Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
    Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
    Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
    Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.
     
    Petikan dari http://tatabahasabm.tripod.com/motivasi.htm

    BELAJAR MELATIH DIRI UNTUK SENTIASA BERSANGKA BAIK

    Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.
    Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.
    Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.
    Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.
    Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.
    Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.
    Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.
    Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.
    Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.

    petikan daripada www.imotivasi.com

    KEMAHIRAN BELAJAR

    Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan

    Pengenalan :
    Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang
    cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah.
    Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai..
    2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?
    Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ?
    Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :
    2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.
    2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..
    2.3 Pegangan hidup ” Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum”.
    2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.
    Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih
    timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda :
    Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.?
    Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ?
    Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ?
    Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ?
    Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ?
    Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ?
    Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ?
    Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ?
    Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ?
    Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ?
    Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?

    2. BERTANYA.
    Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran
    Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll.
    Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada
    kamus jika tidak fahami.
    Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula
    timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk.
    Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan
    sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi).
    Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri.
    Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru
    bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran
    Faedah Bertanya :
    Membuat anda berfikir
    Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita.
    Menghilangkan perasaan malu dan takut.
    Salah satu cara mengulangkaji pelajaran.
    Masalah Bertanya:
    - Pelajar sememangnya ingin bertanya
    “TAK TAHU APA NAK TANYA”.
    membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan.
    Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan.
    Saya takut ?
    Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu
    Bertanya pula dengan guru secara perseorangan
    Bertanya dalam kelas dengan yakin.
    Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya.
    Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera.
    Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa yang tidak difahami.
    Anda terpaksa memberanikan diri
    Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan.

    3. CARA MEMBACA.

    Tujuan :-
    - Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan
    atau pelajaran kita itu.
    - Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik
    dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.
    Pemahaman:-
    - Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
    Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
    Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan.
    Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).
    Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
    Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
    Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
    Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
    Seronok dan aktif di kelas.
    Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
    Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti.
    Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.
    Cara Membaca:
    Menggaris
    Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
    Meneliti rajah-rajah
    Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
    Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
    Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
    Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.
    Ringkasan :
    Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
    Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
    Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
    Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).

    4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN.

    Faedah-Faedah Rujukan :
    Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk.
    Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda.
    Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan.
    Ada keyakinan diri pada diri pelajar.
    Bilakah Masa Yang Sesuai:
    Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian
    Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan.
    Ringkasan:
    Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda.
    Kecerdasan anda akan diasah .
    Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas
    Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan
    kekeliruan dan kebosanan.
    5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS.
    Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya.
    Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:
    Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas.
    Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru.
    Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.
    Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari.
    Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru.
    Menambah daya ingatan anda (proses ulangan)
    Memudahkan anda memahami sesuatu topik.
    Masa dan Cara Membuat Persediaan :-
    Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar.
    Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan.
    Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat.
    Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri
    Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.
    Ringkasan :
    Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru.
    Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu.
    Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya.
    Sediakan soalan-soalan jika perlu.
    Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan.

    6. MEMBUAT NOTA.

    1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat.
    2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting.
    3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya.
    Faedah-Faedah Membuat Nota :
    Merupakan ulangkaji dan hafalan.
    Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda.
    Nota amat penting dalam proses ulangkaji.
    Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila membuat ulangkaji nanti.
    Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar / ulangkaji.
    Jenis-Jenis Nota :
    Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar.
    Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan
    Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat,
    menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali.
    Ringkasan :
    Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah
    pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja.
    Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik.
    Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran)
    Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.

    7. JADUAL WAKTU:
    1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai begitu sahaja.
    2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak begitu baik / merugikan.
    Penyusunan Jadual Waktu – Satu Panduan.
    Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya.
    Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu adalah seperti berikut :
    Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu.
    Membaca dan membuat nota sendiri.
    Menyediakan pelajaran untuk hari esok.
    Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu.
    Cuba menjawab soalan objektif
    Cuba menjawab soalan subjektif / karangan.
    Ringkasan :
    Sains – perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang.
    Bahasa, matematik, soalan objektif – sebelah siang .
    Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif.
    Kerja rumah sebelah siang.
    Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran.
    Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan .

    8. MENGULANGKAJI.
    Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan.
    Kepentingan Mengulangkaji:
    Menguatkan hafalan dan ingatan anda.
    Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.
    Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami.
    Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.
    Jenis-Jenis Ulangkaji:
    1. Mengulangkaji pelajaran harian.
    -Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.
    Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih –
    - Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.
    - Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut.
    - Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja
    - Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .
    - Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.
    Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun.
    Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik sepanjang penggal atau tahun.
    Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian tersebut.
    Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.
    Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar.
    Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir dengan peperiksaan.
    Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.
    Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.
    Mata Pelajaran Yang Memuaskan:
    Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.
    Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .
    Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :
    Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.
    Mengulangkaji nota dan buku teks.
    Kerja Rumah/ Latihan.
    Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif
    Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas
    bersama skima jawapan.
    Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.
    Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)
    Ringkasan:
    Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu.
    2. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu.
    Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda.
    4. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.

    9. MENIMBULKAN MINAT

    Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda.
    Kepentingan Menimbulkan Minat:
    1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.
    2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.
    3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.
    4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.
    Bagaimana Menimbulkan Minat:
    Sebab 1 :
    Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta.
    Sebab 2 :
    Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.
    Contoh : membuat umai..
    Sebab 3 :
    Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.
    Contohnya : perusahaan sago.
    1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal.
    2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan anda.
    Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan.
    Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara minat anda masih ada.
    5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang wayer eletrik.
    Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati
    1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula .
    2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang lain boleh , aku tak boleh..
    3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana.
    Ringkasan :
    Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda.
    Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar oleh guru anda.
    Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari.
    4. Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.

    10. PERBINCANGAN

    Faedah-Faedah Perbincangan:
    1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan anda dalam pelajaran.
    2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat.
    3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda.
    4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang.

    11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN.
    1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran.
    2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal tahun hingga akhir tahun.
    3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini.
    4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran.
    Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?
    Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5).
    Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih).
    Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar.
    Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara dalam sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar dalam peperiksaan.
    Hanya sebahagian kecil sahaja.
    Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep.
    Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan dan fahami betul-betul.
    Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan.
    Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai dengan betul-betul.
    Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa selesa apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang telah dikenalpasti .
    Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah berkainan.

    12. MENILAI KEMAJUAN:

    Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita.
    Cara Menggunakan Penilaian :
    1. Ujian dan Latihan Darjah.
    a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita.
    b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran.
    c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian.
    d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot.
    e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba.
    2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.
    a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan.
    b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita.
    c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan.
    3. Penilaian Secara Lisan
    a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar.
    b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja.
    c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.
    Mengatasi Kelemahan.
    Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :-
    Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
    Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah.
    Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda.
    Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.

    13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR:

    Masalah Cara Mengatasi:
    1Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini.
    2Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik
    yang tidak penting dalam sukatan pelajaran.
    Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu
    dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif
    dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji,
    membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda hanya pada
    pelajaran.
    3 Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual
    waktu jika tidak sesuai.
    3Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang
    penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu.
    Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain
    hal atas usaha pelajar sendiri.
    4Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan
    biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak
    berfaedah.
    5Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya
    dan selalu merujuk kamus jika tidak faham.
    6Kerunsingan
    Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan :
    1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan
    sebenar.
    2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa
    mengulangkaji / membaca
    7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda
    lebih mahir daripada rakan kelas anda.
    2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan.
    3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab
    dengan mereka.
    4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan
    memberanikan diri anda di hadapan rakan anda.

    14. MEREHATKAN DIRI
    Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan
    seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-4
    1) Melihat keindahan alam semula jadi.
    2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)
    3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).
    4) Tidur malam (6-8 jam).
    5) Aktiviti agama – spt: membaca al-quran, sembahyang dll.
    6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).

    Saturday 24 September 2011

    PERKHIDMATAN

    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Yang Ditawarkan

    KAUNSELING INDIVIDU


    Peribadi
    Akademik
    Keluarga
    Kerjaya
    Kesihatan
    Dadah

    KAUNSELING KELOMPOK


    Kelompok Kaunseling
    Kelompok Bimbingan
    Kelompok
    Dinamik
    Kelompok Kepimpinan

    AKADEMIK

    1. Penerangan mengenal pensijilan terbuka
    2. Kemahiran Belajar
    i. Membaca ii. Mencatat iii. Mengambil nota iv. Mendengar
    v. Mengingat vi. Mengulangkaji vii. Kemahiran berfikir

    3. Kemahiran Pengurusan Masa
    4. Kemahiran Pengurusan Diri
    5. Strategi Menghadapi Peperiksaan
    6. Pengumpulan /Penyampaian Maklumat halatuju lepasan pelajar SPM dan STPM berhubung dengan peluang melanjutkan pelajaran di IPT dan pembiayaan pendidikan.


    KERJAYA

    1. Pendidikan Kerjaya
    2. Mengenal Personaliti, minat dan nilai berhubung dengan pemilihan kerjaya.
    3. Penyampaian maklumat pakej pensijilan terbuka berkaitan dengan matapelajaran elektif di sekolah menengah, kursus-kursus dan kerjaya lepasan SPM.
    4. Institusi/agensi yang menyediakan kursus/latihan kemahiran lepasan SPM.
    5. Maklumat Kerjaya
    Psikososial & Kesejahteran Mental
    1. Ujian/Inventori /Senarai Semak berkaitan dengan Psikososial
    2. Merujuk Kad Maklumat Diri
    3. Kemahiran Komunikasi
    4. Kemahiran Asertif/Tegas Diri
    5. Penyaringan Maklumat
    6. Pengurusan Tekanan
    7. Kemahiran Rohani
    8. Kemahiran Membuat Keputusan
    9. Kemahiran Pegawalan Diri
    10. Kemahiran Aplikasi
    11. Kemahiran Sintesis
    12. Kemahiran Analisis Kritikal
    13. Pengekalan penghargaan diri/self esteem
    14. Perkembangan keremajaan
    15. Konsep Kendiri
    16. Pengendalian Kendiri
    17. Program Orientasi
    18. Program Lepas PMR

    KEIBUBAPAAN

    1. Komunikasi
    2. Perkembangan Individu
    3. Isu-isu kekeluargaan
    3.1 Kepimpinan
    3.2 Perkembangan remaja masa kini dan masa akan datang
    3.3 Kerukunan dan kesejahteraan keluarga
    4. Kemahiran Keibubapaan

    PERKEMBANGAN DIRI PELAJAR

    1. Kemahiran Komunikasi
    2. Kemahiran penyelesaian masalah
    3. Kepimpinan
    4. Kemahiran tegas diri
    5. Pembimbing Rakan Sebaya
    6. Kemahiran sosial
    7. Kemahiran pemilihan aktiviti keutamaan
    8. Kelab

    PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


    1. Komunikasi
    2. Perkembangan individu
    3. Pendidikan kekeluargaan
    4. Kemahiran asertif / tegas diri
    5. Kemahiran sosial
    6. Sikap benci kepada dadah dan inhalan
    7. Pendidikan pencegahan
    8. Maklumat tentang akibat buruk, sebab dan punca

    PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV / AIDS

    1. Komunikasi
    2. Perkembangan individu
    3. Pendidikan kekeluargaan
    4. Kemahiran asertif / tegas diri
    5. Kaunseling kekeluargaan
    6 . Kemahiran sosial
    7 . Pendidikan perkembangan seksual
    8 . Pendidikan pencegahan
    9 . Maklumat tentang sebab, punca dan akibat

    PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

    1. Sistem fail
    2. Borang-borang
    3. Laporan aktiviti
    4. Buku stok
    5. Inventori/ soal selidik
    6. Minit mesyuarat
    7. Penyata kewangan
    8. Rekod lawatan ke rumah
    9. Rekod perkhidmatan luar
    10. Rekod konsultasi ibu bapa
    11. Rekod kelas ganti
    12. Rekod kaunseling individu
    13. Rekod kaunseling kelompok
    14. Rekod kemasukan
    15. Perancangan tahunan
    16. Laporan tahunan
    17. Rekod sesi kaunseling individu / kelompok

    KAUNSELOR ANDA


    Butiran Diri :
    Nama : Ahmad Bin Sabri
    Lahir : Kuala Kurau, Perak
    T/Lahir : 20 Mac 1966

    Tinggi :  174cm
    Berat : 60kg
    Status : Kahwin
    Isteri : Noraini Binti Aris
    Pendidikan Tertinggi : Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
    Anak : Amalina Farhana (19Thn),  Amirul Asyraf (17Thn)  dan  Nurfarah Aqilah (9Thn)  


    Pendidikan :
    1 – Sekolah Kebangsaan Seri Siakap, Kuala Kurau, Perak. (1973-1978)
    2 – Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar, Bg. Serai, Perak. (1979-1983)
    3 – Universiti Pendidikan Sultan Idris - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan B & K (1997-2000)

    Pekerjaan Sekarang :
    Tempat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak.
    Bidang : Bimbingan dan kaunseling
    Tugas : Guru Kaunseling
    Nama Jawatan : Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
    Tempoh : 2001 – sekarang
    Tel : 05-4341357 (pejabat)
    Faks : 05-4348570
    E-Mail : ahmad@smksag.edu.my






     KAUNSELOR 1


    Butiran Diri :
    Nama : Nur Harina Binti Kamaruzaman
    Lahir : Machang, Kelantan
    T/Lahir : 01 Februari 1983
    Tinggi : 167 cm
    Berat : 58 kg
    Status : Kahwin
    Suami : Nik Mohamad Rosdi Bin Raja Mahmood
    Pendidikan Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dengan Kepujian, USM

    Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, MPTI
    Anak : Nik Nur Damia Batrisyia Binti Nik Mohamad Rosdi (5 tahun)

             Nik Muhammad Darwisy Harraz Bin Nik Mohamad Rosdi (2 Tahun)

    Pendidikan :
    1 – Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. (1989-1995)
    2 – Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. (1996-2002)
    3 – Universiti Pendidikan Sultan Idris - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan B & K (2003-2007)

    Pekerjaan Sekarang :
    Tempat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak.
    Bidang : Bimbingan dan kaunseling
    Tugas : Guru Kaunseling
    Nama Jawatan : Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
    Tempoh : 2007 – sekarang
    Tel : 05-4341357 (pejabat)
    Faks : 05-4348570
    E-Mail : harina@smksag.edu.my





    KAUNSELOR 2 



    Butiran Diri :
    Nama : Azizah Bt Amirullah
    Lahir : Temerloh, Pahang
    T/Lahir : 20 Ogos 1982
    Tinggi : 160 cm

    Berat : 50 kg
    Status : Berkahwin
    Suami : Muhd Fauzi bin Mat Yusuf

    Pendidikan Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Kaunseling
    Anak :Nurqaleesya Qistina bt Muhd Fauzi


    Pendidikan :
    1 – Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia Temerloh, Pahang. (1988-1994)
    2 – Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Pahang. (1995-2001)
    3 – Universiti Malaya - Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (2002-2006)

    4 -  Universiti Putra Malaysia - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (2007)

    Pekerjaan Sekarang :
    Tempat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak.
    Bidang : Bimbingan dan kaunseling
    Tugas : Guru Kaunseling
    Nama Jawatan : Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
    Tempoh : 2010 – sekarang
    Tel : 05-4341357 (pejabat)
    Faks : 05-4348570
    E-Mail : azizah@smksag.edu.my

    Tuesday 6 September 2011

    UNDER CONSTRUCTION....

    HARAP MAAF...!!!
    BLOG UBK SMKSAG MASIH DALAM PEMBINAAN LAGI...
    SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI...